[Pre-order] Imam al-Ghazali: Hayat & Jasa Ilmuwan Ulung oleh W. Montgomery Watt

Kehidupan sewaktu kecilnya agak samar tetapi beliau kemudian mekar sebagai ilmuwan besar dunia. Baik di Barat mahupun dunia Islam, sumbangannya yang mencakupi pelbagai bidang ilmu melayakkan Imam al-Ghazālī digelar Hujjatul Islam. Pelbagai karyanya masih dibaca dan dikaji sehingga ke hari ini, terutama kitab Ihya Ulumuddin yang isinya mencakupi segenap bidang kehidupan beragama. Buku ini akan membuka mata pembaca terhadap segala daya dan keringat yang ditumpahkan al-Ghazālī dalam menuntun manusia kembali kepada landasan hidup yang benar.


Biodata Pengarang


William Montgomery Watt ialah sejarawan, ahli akademik dan orientalis dari Scotland. Dia lahir pada Mac 1909 dan menerima pendidikan di Kolej George Watson sebelum menyambung pengajian di Universiti Edinburgh dan Universiti Oxford serta meraih tiga ijazah dalam tempoh enam tahun. Meskipun pada awalnya kepakarannya adalah dalam bidang falsafah dan teologi, dia tertarik dengan ajaran Islam setelah sering berbual dengan seorang pembantu berbangsa India yang beragama Islam. Tidak lama kemudian dia dilantik sebagai penasihat kepada Uskup Baitulmuqaddis dan menjadikannya lebih berminat dengan Islam. Sepulangnya ke Scotland, dia dilantik sebagai pensyarah bahasa Arab di Universiti Edinburgh. Antara karya-karya pentingnya adalah Muhammad at Mecca, Freewill and Predestination in Early Islam dan Islam and The Integration of Society. Selain itu dia turut menterjemahkan beberapa karya Imam al-Ghazālī dan karya lain daripada bahasa Arab. Ramai sarjana menganggapnya sebagai pakar dan penterjemah karya Islam terkemuka Barat. Profesor William Montgomery Watt meninggal dunia pada 24 Oktober 2006.

35.00 BND
Available in 1 month